Jumaat, 18 Disember 2009

seketika ini...

seketika ini hati dicuit rasa sunyi, bosan, rindu, benci,

dan setiap cuitan itu mempunyai maksud tersendiri

tp kenapa hanya itu yg datang untuk mencuit diri dan hati ini...

kenapa bukan yg lain untuk datang mencuit dan membawa aku pergi...

atau adakah aku membawa hati yang sudah mati... diri yang sudah lali..

atau... atau... atau apakah lagi....

ohh tidak... maafkan lah diri ini....

Ahad, 22 November 2009

datang dan pergi...


perghh sayu je rase

sok last day aku kat kolej ni

dah 7 sem aku bemastautin sini....

bemacam ragam gaya orang aku temui.

yang pasti aku tetap aku

rasa bru mcm semalm aku mendaftar sebagai student UPSI

sedar2 sok dah nak daftar kuar kolej... sekaligus meninggalkan UPSI..

3 taun setngah weh aku kat sini

kalo dipikirkan lama tu

tp bila dah belalu cam ni

memang tak terasa tempoh yang panjang tu...


aku tak tau nk cakp pe dah ni

touchin' gak la... huhu..


dulu my big boss(bapak) aku antarkan masa mula daftar

sok mcm biase lah dia yg akan menjemput anak kesayngan die ni bawak balik kedah sane hehe...

tu tanda nya tugas dia sebagai bapak aku hampir selesai suda... tinggal lagi nak lepaskan aku je....;p

tp sebagai anak lelaki lepas2 seorng bapak macam mana pon tak sama dengan die lepaskan anak perempuan... maksudnya lepas ni giliran aku plak nak jaga my boss huhu...


kembali pada kehidupan aku kat Tg malim ni.

hubungan aku ngan kampus boleh dikatakan sngat2 rapat hehe... kadang2 aku rasa melebihi hubungan aku ngan rakan2, aku selalu gak berada di kampus sibuk ngan aktvt pesatuan, lepak2, cari ketenangan, layan perasaan, siapkan asgment, projek2, meting itu meting ini..

bila stress je aku lepak2 kat kampus.. bawak diri la konon sorang diri jalan2 tak pun duduk sorang2 mengenang nasib diri kununnya lah......;p dan tempat yg aku selalu tujui kalo nak melayan perasaan adalah di sepanjang lingkaran budiman tu hehe... cam tak de tempat lain dah kan2?? mula dr depan bitara sampai ke surau an nur terus ke tengah padang UPSI tu... tempat2 ni la aku selalu beseorngan kalo nak tau....huhu...

tp mulai esok

sume ni akan tinggal kenangan..

masing2 akan bawa diri.. temasuklah aku..

rasa sayang lak nak tinggalkan tempat ni... ye lah, tempat terjatuh lagi dikenang, inikan plak tempat berjuang sape yg tak kenang weh...



ntah la

dah tak tau nak ckp pe

harapan aku.. biarlah tinggal harapan..




sedey plak nk tinggalkan tg malim ni...

bnyak kenangan aku kat sini....

rasa nak benci je....

Rabu, 4 November 2009

final exam aku kt upsi..


6 hb & 11 hb nov 2009...

ngah bejuang nih hehe


2 papers je sem ni hehe...
"berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan... jgn berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan." - imam Syafie -

Selasa, 27 Oktober 2009

tentang kita...

Waktu terasa semakin berlalu

Tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada lagi kini tawamu

Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia

Dan kita bersama saat dulu kala

Ada cerita tentang masa yang indah

Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama

Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia

Dan kita bersama saat dulu kala

Ada cerita tentang masa yang indah

Saat kita berduka saat kita tertawa.....

Rabu, 21 Oktober 2009

gonna miss diz moment..



kuliah2 terakhir kat upsi...

dont know wat to say

hate perasaan ini..


masing2 akan membawa diri..

sayang kamooo sume.... sob sob...; (

Khamis, 15 Oktober 2009

...


...
...
...

ameeeenn...


YA ALLAH

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami... agar kemesraan itu abadi...

Dan YA ALLAH....

ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi YA ALLAH ....

Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

YA ALLAH..YA TUHANKU...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

YA ALLAH ....

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini... Jangan Engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin..Ya Rabbal A'lamin.

Rabu, 14 Oktober 2009

ni semua doniaaa...

Assalamualaikum....
Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.Mungkin ada yang telah membaca dan mengetahui kisah ini, tapi di sini saya lampirkan semula kisah ini supaya ada di antara kita yang masih belum membaca dan mengetahuinya akan mendapat sedikit manfaat daripada kisah ini.
Ceritanya berbunyi begini....Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepadasuaminya: "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia..." .Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan..." jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu" .Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya...bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis...
p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain? Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.
dan lg...
ade liur dlm mulut ku
x dpt ku bezakan adakah untuk ditelan atau diludah..
ditelan mati hati.. diluah takkan dijilat kembali...

Isnin, 12 Oktober 2009

laptop aku rusak sat hehe....

kali ni gara2 wat proposal tesis la... hang laptop aku tak leh bukak 4 hari...

tp tak pe la ni dah ok... pahlawan(bdak umah aku) tolon repair kan.. tq pahlawan kau memang wira sejati kerana membantu org yg dlm kesusahan hehe.....;p

Rabu, 7 Oktober 2009

gara2... facebook dan aplikasinya...


gara2 mende alah ni lah aku tak tak tak...
tak de masa ngan blog aku huhu..
tak siap keje prof hehhe..
tak setel lg tesis yg aku sndiri pon tak ingat tajuk die hehe... dan mcm2 lg yg tak setel...

Jumaat, 11 September 2009

ermmm... puasa..tak pe lah..


salam ramadhan.

dah 3 minggu di bulan ramadhan... dah lebih seminggu masuk bulan september... dah 3 mingu tak post entry... dah 3 mingu kite berpuasa... dah lama tak de artikel tazkirah lam blog ni... malas je nak berblog akhir2 ni... "sibuk" ngan hal2 dunia - pengajian, jemputan berbuka, bengkel, program, projek, asigment, internet lagho, tesis, meeting, tedo, dll..

tingat lak kat kampung.. tak pe lah tket dah beli.. aku balik senin ni 14 hb.. awal sket dr taun2 lepas.. ponteng 2 kelas...

kureng sket rasa bosan ngadap benda yg sama je kat sini... biar lah... balik awal pon.. leh gak bebuka ngan kuarga besahur sama2... tolong mak ayah ape yg patut dekat2 raye ni... tution adek... ngasuh anak buah... wowowooo sibuk gak la ngan hal2 dunia huhu.... same je cam kat sini...

tak pe lah - asek tak pe je aku neh...


ape pon selamat berpuase
ambil lah peluang di bulan yg mulia ni tuk beribadat sesungguhnyer...
setahun hanya sekali..
moga ditemukan dengan mlm qadr..

ameeeennn....


Khamis, 20 Ogos 2009

tinggal kenangan....



tanggal 19 ogos 2009....


berakhirlah taklifan itu...


hanya kenangan yg dpt ku titipkan...


semester 2 ~ semester 7


Selasa, 18 Ogos 2009

mari bermuka ceria...


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat.Istri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.

"Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, Karena sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum

Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang istri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami istri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya niscaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Ahad, 9 Ogos 2009

mencukupi....


semoga kamu mendapat cukup kebahagian untuk menjadikan kamu bahagia,

cukup cubaan untuk menjadikan kamu kuat,

cukup penderitaan untuk kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,

dan cukup harapan untuk menjadikan kamu positif terhadap kehidupan.

Rabu, 5 Ogos 2009

i'm not here for nothing..





kadang kala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati, dan kadang kala kita ketawa hanya mengubati kesedihan dalam diri. Adakala kita melangkah dengan penuh yakin, sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tak siapa yang tahu, semuanya demi maruah diri. Walau siapa pun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah dipijak rapi. Selagi kita hidup langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri, kerana kita adalah sebahagian makhluk Allah yang akan senantiasa diuji diuji dan diuji.....

salam mujahadah~~~





sekilas petunjuk yg ku cari... walopon aku tak semudah itu...


Ada yg mengatakan…“aku bahagia… meski tidak ada kekasih yg mendampingiku"aku bahagia… meski aku tidak cantik atau menarik…aku bahagia… meski aku bukan orang kaya dan tidak semua keperluanku terpenuhi..aku bahagia… karena aku hidup di dalam keluarga yang selalu tersenyum kepadaku..aku bahagia… karena aku punya banyak teman meski tidak semuanya mengasihiku..aku bahagia… karena aku memang menginginkan dan merasakannya..Tidak ada alasan yang bisa membuatku tidak bahagia…”
Kalimat-kalimat di atas bukanlah hal yang mustahil bagi setiap orang, karena menikmati hidup adalah kunci kebahagiaan…Kebahagiaan itu ditentukan oleh diri kita sendiri, meski orang lain melihat kita tidak bahagia sedangkan kita bahagia, kita memang bahagia, dan jika orang lain melihat diri kita bahagia sedangkan kita tidak merasa bahagia, kita tidaklah bahagia…Dengan mengubah cara pandang dan berpikir, mungkin kita akan merasakan kebahagiaan…aku bahagia…...



*entry ni aku amik kat page member aku..... tq my friend..

Ahad, 2 Ogos 2009

upsi yg kesepian... hehe...


sebenarya bukan upsi je yg sepi

aku pon sepi gak hehe....

tp aku yg pilih tuk being sepi ni

so tak leh rungut2 la....
sejak wabak tu serang upsi

segalanya berubah sepi

kampus sepi

kolej2 sepi

kedai2 sepi

kafe2 sepi

ku kesepian di sini hehe...;p


smalam boring
aku ngan roomate kuar p kampus.. konon nak jalan2 la.. sambil tu nak amik duit kat ATM..
turun je bawah
pak gat marah hehe....

"mana topeng??"
kami lari hehe...

sampai je kampus......





gate kunci!!!

ceh nyampah betoi....
sabar je la....

Sabtu, 1 Ogos 2009

wow dah masuk bulan ogos....

ermmmm
kena ade cari stu artkel tazkirah ni tuk bulan ni
satu bulan satu artikel tazkirah
ok tak???

tak ok sebenarnya
tp dr tak de langsung
kira ok la

tungu artikel tazkirah bulan ini dlm entry seterunya k
huhu


tp tak janji entry yg bila n mana satu
mungkin tgah bulan ni heheh....
k bye

Jumaat, 31 Julai 2009

kebosanan melampau

dah 2 hari melepak lam umah...
org lain dah balik kg
aku je melepak kat sini

aras 2, dah 6 org student positive kena korantin
aku plak berani mati melepak kat aras 4 ni

insya allah
selamat kot
tawakal je lah
harap2 virus tu tak leh terbang sampai sini hehe.......

bosan bosan........

Khamis, 23 Julai 2009

rindu kampung la plak...










rinduuuu rindu serinduuu rindunyaaaaa*
namun apa daya
upsi blom cuti.....


mahuuu semahu mahu nyaaaa*
namun apadaya
keje bnyak tak siap lagiii....



kalo memang tak de masa
ape lg nak di heboh
aku malu pd diri pd semuaaaaaaaaaaaaaaaa

*corus ulang 2 x

haha....;p
sob sob sob......; l

Sabtu, 18 Julai 2009

nilai kebahagian...??

"sape yg merasakan dirinya tidak bahagia?" soal Prof Supli dalam kuliah penyelidikan ilmiah petang td....

soalan tu sebahagian dari penyelidikan yang beliau sedang lakukan..

dan dalam kalangan 49 student kat dalam kuliah tu
sorang je jawapannya tidak bahagia....

pada masa itu semua mata memandang ke arah "seorang" itu...
dan "seorang" itu kelu tuk berbicara apabila dihampiri lectrer....


dan akhirnya
lectrer pun mula menyatakan bahawa
hanya mereka yang tidak penah bersyukur atas apa yg mereka miliki sahaja akan merasakan diri mereka tidak bahagia


wahhh
"seorang" itu menjadi pelik
mengapa dirinya dipilih untuk merasakan bahawa dirinya tidak bahagia...

dan seorang itu adalah aku.....

hinanya diri ini..

Rabu, 15 Julai 2009

mari besabar....

SABAR UJIAN ALLAH PASTI KEJAYAAN AKAN DIDAPATI

Kaum Muslimin yang dirahmati Allah, Di dalam kita menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam perkara yang harus kita hadapi. Memang Allah telah menciptakan serba dua di alam ini, ada tinggi ada rendah, siang berhadapan dengan malam, sakit berlawanan dengan sihat, begitu juga sedih dengan gembira, dalam hal yang seperti itu maka ramailah orang yang sesat, akibat tidak dapat menguasai diri seperti orang yang kaya menjadi miskin. Kita selaku umat Islam, yang mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang mempunayi iman yang mantap dia yakin bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Buruj ayat 16 maksudnya :"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya." Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan rela menerima, apa yang diberikan Allah kepadanya, disamping itu tentu kita berjalan ke arah kebaikan, memperkuat dan menetapkan kesabaran dalam diri adalah disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200) Demikianlah jelasnya perintah Allah, menyuruh manusia agar bersabar dalam segala hal. Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kurang dalam kehidupan seperti kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau memang ketakutan yang menimpa semua ini diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:


"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan. "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156) kalau kita mengucapkan perkataan ini, di kala mendapat cubaan dari Allah tandanya kita dari golongan orang yang mendapat untung di sisi Allah. Dengan ertikata yang lain, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberkatan. Adapun balasan kepada orang yang sabar ituialah merupakan keberkatan, kesempurnaan, rahmat dan petunjuk dari Allah, namun pada hakikatnya tidak dapat dibayangkan, sudah tentu kasih sayang Allah pada orang yang bersabar itu, sehingga Allah menjelaskan dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada belia, waktu baginda mengerjakan solat, baginda bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikiankecuali bagi seorang mukminyang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik


baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (Hadith riwayat Muslim) Dengan demikian jelaslah tergambar, bahawa keadaan seorang mukmin itu selalu baik kerana kesabarannya, Apakah itu dalam keadaan kurang atau waktu berkecukupan. Bila nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan tidak akan membawanya pada lupa dengan kewajipan malahan dia menambah dia menjadi taat dan berdoa, agar kekayaan tidak ditarik oleh Allah SWT. Sebenarnya semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT, hal ini telah digambarkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dalam kehidupannya. Nabi Allah Sulaiman a.s adalah orang yang paling besar mendapat kurnia Allah kepadanya. Dia adalah seorang raja, seorang penguasa, seorang yang kaya raya, seorang cendekiawan, seorang nabi lagi rasul juga seorang penakluk, boleh menguasai angin untuk dijadikan kenderaannya, boleh bercakap dengan semua makhluk dan dapat menguasai ke atas jin. Pada suatu waktu, di saat Nabi Allah Sulaiman akan menakluki negeri Saba' yang diperintahkan oleh seorang ratu yang bernama Balqis, pada waktu itu Nabi Allah Sulaiman tahu, Balqis akan datang untuk melihat kerajaan Nabi Allah Sulaiman. Waktu itu Nabi Allah Sulaiman memanggil para pembesarnya, menanyakan, "Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis itu kepadaKu, sebelum mereka datang ke tempat ini?" Jin Ifrit menjawab, "Aku sanggup membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu." Sementara itu jawab pula seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai kitab Taurat dan Zabur, dia mengatakan, "Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkedip. Belum lagi Nabi Allah Sulaiman sempat menjawab perkataan orang itu, singgahsana itu sudah terhampar di hadapannya. Begitu besar kekuatan yang dikuasai oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dan begitu besar kurnia Allah kepadanya, tetapi dengan semua keadaan itu dia tidak berasa bangga malah dia berkata seperti yang terdapat di dalam surah an-Nahl ayat 40 yang bermaksud: "Ini (semua adalah) termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya." Justeru itu, kita selaku seorang muslim, jadikan semua itu sebagai teladan kemudian jadikan diri seorang yang sabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan, jangan berputus asa di waktu susah dan jangan lupa diri dikala senang dan berkuasa.

Khatib/Imam: Ustaz Kamaruddin b. Zakaria Tarikh: 17 September 1999 M/ 7 Jamadil Akhir 1420 H

baik lah ya ukht naz...

lps ni sy akan letak memo dilarang ponteng kelas kat meja pesatuan....

hari ni sy masuk kelas... kuar seawal kul 7.30 pg n balik kolej kediaman selewat 9.30 mlm.... perggghh lbh dr 12 jam sy kat kampus arini...

semoga sy lebih besemangat tuk ke kuliah, insya Allah....

k la
nak tdo
sok nak g kuliah awal hehe.....;p

Selasa, 14 Julai 2009

tak leh nak ubah dah


dah tabiat suka ponteng kelas

walopon aku semngat nak masuk kelas

kuar awal tungu bus

tp akhirnya kecundang jua d tngah jalan


bapak setan mane ntah yg bejaya memesongkan langkah aku dr melangkah masuk kuliah petang td...


dah separuh pejalanan dah... bleh plak aku p tdoq kat bilik pesatuan... zalim2...


ya Allah selamatkan lah hamba mu ini...

Isnin, 13 Julai 2009

sem 7 dah....

hehe.. de kelas jap lg..
mcm malas je nak masuk kelas

tp memandangkan dah sem last
aku teruskan gak niat tuk ponteng heheheh.....

tak la
aku dah insaf
dah bnyak kali ponteng kuliah sem2 lepas
sem ni kuliah pon 2 hari je seminggu
kalo ponteng sehari maknanya sehari je la semingu aku masuk kuliah...;p ish2... dasat2...

k chow
nak siap g kelas....

Ahad, 7 Jun 2009

cepat masa belalu






heh
dah 4 minggu dah kat sini

tggal 2 mingu lg

sok hujung minggu

tak tau nak wat pe
td siang pon dok umah je



petang g pasaq mlm



pastu main ngan "anak sedare" kat pdg pemainan



pastu maghrib melepak kat balkoni umah



mlm g stadium dengaq ceramah.....






blik mate mengantuk



tp nak gak post entry kat blog nih



hehe...



k la



sok aku sambung laei



bye..

Isnin, 25 Mei 2009

minggu ke dua LI

dah belalu 2 minggu kat sini
sok mula la minggu ke 3
yg pasti aku akan dipindahkan ke bahagian lain plak

ape2 pon
terima je la

pastu td n sabtu aku ngan budak2 sini menghabiskan masa ujung mingu kat sini-- besiar2 pusing2 kuala selngor n kawasan sekitar

best gak la
bdak2 kelas yg kat tg malim join sekali
hehe... sok aku masukkan gambar2 percutian kami kat sini....;p

k nite aku nak tdo
sok keje....

Isnin, 18 Mei 2009

sy tak besalah lalala~~~

minggu ni aku kena hantar ke bahagian pejabat tempat aku wat LI.... tak macam mingu lepas aku kena bahagian jualan n perkhidmatan pelanggan... masuk je kul 8 aku diberi taklimat tentang pentadbiran dan pengurusan syarikat.... pastu mcm biase dok releks2 sambil buka ym, youtube, berita online, fs, tagged, blogspot, facebook, my year book, sampai kul 11 aku kena p bank in duit... dah penah wat mingu lps... Rm3-4 ribu gak la skali bawak cash...hehe menakutkan kalo kena ragut...... pastu balik ofis releks2 sampai waktu rehat pastu masuk balik mcm biase.. ym fs tagged emel youtube.... ni la keje aku sepanjang hari ni... masuk je kul 4 ptg.. betimbun2 keje die bg.. ceh penat tol.... last2 6.30 ptg bru leh blik... tu pon tak siap keje aku.. pagi sok la sambung hehehe..... pastu sok lak la aku sambung entri ni heheh......

Ahad, 17 Mei 2009

hujung minggu d kola slngor




petang td tutor aku kat upsi en. salleh bawak jalan2 kat sekitar kola selngor ni... lawat tempat2 menarik, tempat besejarah, pusing2 pekan pastu minum2 sambil borak2...




bukan selalu dpt peluang camni... hehe....


en salleh lah org yg betanggunjawab bawak aku ngan member2 lain wat latihan industry kat sini.. baik sungguh die.. susah payah carikan tempat LI, tmpat tinggal pastu uruskan sumer2 la keperluan kami kat sini... tq la ye en sallah


moga tuhan je dpt membalas jasa encik...

selamat hari...

15 hari aku--aku semakin tua... tq pd sume yg wish n bg hadiah..

16 hari guru--tq cikgu.. dan aku Insya Allah bakal guru..

17 hari ahad--hari minggu-hari tuk berehat setelah seminggu bekeje@praktikal@latihan industry... dah belalu seminggu aku kat sini
tinggal lg 5 minggu utk aku habiskan LI Insya Allah.

ape pon aku besyukur atas ape yg aku lalui di saat ini.. alhamdulillah...

Khamis, 14 Mei 2009

letih gak laa...

hehe dah 3 hari aku aku menjalani kehidupan kat kola selngor ni...
hari petama wat bodo
hari kedua wat rajin
hari ke3 kena wat hukhuk.....
ape pon memng best dok sini hehee.... sbb nyerrr keje tak de cuti hehe....;p

Jumaat, 8 Mei 2009

woowwowow

hari2 terakhir kat kolej
tak de mende nak wat

dah berakhir lah 6 sem kat sini-berakhir tahun ketiga
tinggal lg satu taun-menanti final year plak....

huhu

Sabtu, 21 Mac 2009

maap ayah...

Ermmm aku menulis lg... dan kali ni tulisan aku jln citernyerr hampir same cam tulisan aku yg sebelum ni - “lupa jalan balik kampung”. Tapi kali ni aku bukan saje tak nak balik kampung dan alasan kehabisan tiket balik kampung tidak boleh diterima langsung... jadi alasan yang terbaik yang boleh aku berikan ialah keje bnyak... tugasan bertaip n projek amali sumer cukup lengkap untuk menghalang aku dr balik kampung... sampai naik menyampah aku ngan lectrer yg berkenaan... ape masalahnyer ni citer pasal balik kampung lak???? Maslahnyerr siang td..
Siang tadi bapak aku kawen lg--- akad nikah...
A`ah bapak aku kawen lg... so aku dpt mak baru la.. yg kesiannyerr bapak aku ade tanyerr adik aku dan adik aku ape lg citer la kat aku masa aku kol die.. adik aku cakap ayah tanyerr....
“abg wan tak balik ke??”
Maaf ayah........ aku tau hati kecil die mengharapkan aku balik.. dan aku tau die takkan tipon aku soh balik untuk majlis akad nikah die...sbb die paham aku sibuk.. so aku kat sini jd serba salah la.. kalo balik keje tak siap laa.. sok plak(ahad) ade test mid term... stdy langsung tak lg tuk test tu sbb asyik siapkan tugasan n projek amali je... tp kalo tak balik anak jenis ape la aku ni... takut gak kalo ayah ingat aku tak balik sebab boikot mak baru tu... tp tak pe semalam aku dah tipon ayah aku n terangkan sebab2 yg menghalang aku dr balik kampung... td petang pon aku tipon tanyer akak, abng n adik mcm mana pejalanan hari “besejarah” tuk ayah... harap2 ayah paham la situasi aku skarng...
alhamdulillah sumenyer bejalan lancar... dan harap2 ayah bahagia la ngan pilihan die... dan harapan aku, mak tiri aku merangkap mak baru aku la.. seorang yg betanggungjawab dan memahami ...
ape pon ayah.. kat sini orang nak mintak maap sbb tak balik masa ayah nikah.... harap2 ayah bahagia la ye... org kat sini sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah dan isteri dan kebahagiaan arwah mak di sana... ameenn... al fatihah tuk arwah mak....

Isnin, 26 Januari 2009

slmt bercuti...


Dah 3-4 hari orng lain balik becuti kat kampung... aku je still kat tg mlim nih.. tp bukan aku sorang la.. ramai gak lg bebudak yg tak balik kg n yg tak leh balik kg... aku bukan nyer tak nak balik tp ade hal yg menghalang aku dr balik.. tp sok aku blik gak hehe.. lg pon tket nak balik kg dah abis tinggal sok je so baik balik lewat dr tak balik langsung.. nak tinggalkan ayah sorng2 kat umah kesian woo.. adik yg kat form 6 pon cuti 3 hari je.. abg 2 ngan akak ade keluarga masing2.. n kerjaya n kebetulan kali ni sumer balik kampung mertua huhu..... nasib abg long yg umah die sebelah umah ayah(umah aku gak la) tak balik umah mertua die kat perak nih.. kalo tak lg sunyi la ayah kat umah sbb anak abg long 3 orng sumer bleh tahan tahap keceriaan deme hehe ( cam label tahap keceriaan premis lak)... kalo ade cucu di sisi tokwan deme hilang la sikit rasa sunyi tu....
Siang td plak classmate aku masa form six dah selamat diijabkabulkan.. kesian kat die aku tak sempat p kenuri umah die td.. member2 yg p kenuri tu dok SMS aku nape tak p kenuri?? nape tak balik?? Bile nak balik?? Bile nak kawen????? N mcm2 lg la... hai amik berat gak la korang ye kat aku.. tq kawan... tp setiap soalan yg di aju aku jawap dengan konfidennyerr n sikit2 je konfiusnyerr huhu..... soalan bese2 leh la aku jawap ni tak soalan cepu cemas... bikin cemas je aku nak menjawap huhu.... Sebenaq nyerr bnyak benda aku nak tulih ni tp jd maleh lak... beg nak balik kg sok pon tak packing lg... e-forum pon tak wat lg.. n mcm2 lg la.. so untuk mengelakkan aku tak jd keje ngan asyik melayan benda alah ni baik aku behenti n sambung wat keje... nanti2 lak la aku post ye... k bye slamat bercuti...

Ahad, 11 Januari 2009

manfaatkan saat ini

Manfaatkan hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir anda. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna, hari yang bermanfaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. Sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima.

Terlalu banyak dari kita yang hidup mengenang masa lalu atau mengharap masa akan datang. la tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Kejayaan anda di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini - sekarang!

Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada anda hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan hal-hal baik, biasanya hal-hal itu akan terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri.

Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap 'hari ini' yang kita miliki, maka setiap 'hari esok' kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita membuat hari ini menjadi lebih baik daripada kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti bagi kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini. Kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita. Hari ini hanya sedikit yang perlu dilengkapi. Hari ini kita hanya perlu sedikit memandang ke hadapan dan ke atas. Hari ini marilah kita menambahkan sedikit rasa kasih sayang.

Apakah yang akan terjadi kalau kita hidup hari ini dan berusaha membuat setiap hari menjadi lebih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup yang terarah ke hadapan dan mengembangkan kemanusiaan. Kita menjadi riang dan jiwa mendapat ilham. Kita cenderung mengembangkan yang terbaik pada diri kita.