Jumaat, 31 Julai 2009

kebosanan melampau

dah 2 hari melepak lam umah...
org lain dah balik kg
aku je melepak kat sini

aras 2, dah 6 org student positive kena korantin
aku plak berani mati melepak kat aras 4 ni

insya allah
selamat kot
tawakal je lah
harap2 virus tu tak leh terbang sampai sini hehe.......

bosan bosan........

Khamis, 23 Julai 2009

rindu kampung la plak...










rinduuuu rindu serinduuu rindunyaaaaa*
namun apa daya
upsi blom cuti.....


mahuuu semahu mahu nyaaaa*
namun apadaya
keje bnyak tak siap lagiii....



kalo memang tak de masa
ape lg nak di heboh
aku malu pd diri pd semuaaaaaaaaaaaaaaaa

*corus ulang 2 x

haha....;p
sob sob sob......; l

Sabtu, 18 Julai 2009

nilai kebahagian...??

"sape yg merasakan dirinya tidak bahagia?" soal Prof Supli dalam kuliah penyelidikan ilmiah petang td....

soalan tu sebahagian dari penyelidikan yang beliau sedang lakukan..

dan dalam kalangan 49 student kat dalam kuliah tu
sorang je jawapannya tidak bahagia....

pada masa itu semua mata memandang ke arah "seorang" itu...
dan "seorang" itu kelu tuk berbicara apabila dihampiri lectrer....


dan akhirnya
lectrer pun mula menyatakan bahawa
hanya mereka yang tidak penah bersyukur atas apa yg mereka miliki sahaja akan merasakan diri mereka tidak bahagia


wahhh
"seorang" itu menjadi pelik
mengapa dirinya dipilih untuk merasakan bahawa dirinya tidak bahagia...

dan seorang itu adalah aku.....

hinanya diri ini..

Rabu, 15 Julai 2009

mari besabar....

SABAR UJIAN ALLAH PASTI KEJAYAAN AKAN DIDAPATI

Kaum Muslimin yang dirahmati Allah, Di dalam kita menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam perkara yang harus kita hadapi. Memang Allah telah menciptakan serba dua di alam ini, ada tinggi ada rendah, siang berhadapan dengan malam, sakit berlawanan dengan sihat, begitu juga sedih dengan gembira, dalam hal yang seperti itu maka ramailah orang yang sesat, akibat tidak dapat menguasai diri seperti orang yang kaya menjadi miskin. Kita selaku umat Islam, yang mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang mempunayi iman yang mantap dia yakin bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Buruj ayat 16 maksudnya :"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya." Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan rela menerima, apa yang diberikan Allah kepadanya, disamping itu tentu kita berjalan ke arah kebaikan, memperkuat dan menetapkan kesabaran dalam diri adalah disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200) Demikianlah jelasnya perintah Allah, menyuruh manusia agar bersabar dalam segala hal. Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kurang dalam kehidupan seperti kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau memang ketakutan yang menimpa semua ini diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:


"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan. "(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156) kalau kita mengucapkan perkataan ini, di kala mendapat cubaan dari Allah tandanya kita dari golongan orang yang mendapat untung di sisi Allah. Dengan ertikata yang lain, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberkatan. Adapun balasan kepada orang yang sabar ituialah merupakan keberkatan, kesempurnaan, rahmat dan petunjuk dari Allah, namun pada hakikatnya tidak dapat dibayangkan, sudah tentu kasih sayang Allah pada orang yang bersabar itu, sehingga Allah menjelaskan dalam surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada belia, waktu baginda mengerjakan solat, baginda bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikiankecuali bagi seorang mukminyang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik


baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik baginya". (Hadith riwayat Muslim) Dengan demikian jelaslah tergambar, bahawa keadaan seorang mukmin itu selalu baik kerana kesabarannya, Apakah itu dalam keadaan kurang atau waktu berkecukupan. Bila nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan tidak akan membawanya pada lupa dengan kewajipan malahan dia menambah dia menjadi taat dan berdoa, agar kekayaan tidak ditarik oleh Allah SWT. Sebenarnya semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT, hal ini telah digambarkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dalam kehidupannya. Nabi Allah Sulaiman a.s adalah orang yang paling besar mendapat kurnia Allah kepadanya. Dia adalah seorang raja, seorang penguasa, seorang yang kaya raya, seorang cendekiawan, seorang nabi lagi rasul juga seorang penakluk, boleh menguasai angin untuk dijadikan kenderaannya, boleh bercakap dengan semua makhluk dan dapat menguasai ke atas jin. Pada suatu waktu, di saat Nabi Allah Sulaiman akan menakluki negeri Saba' yang diperintahkan oleh seorang ratu yang bernama Balqis, pada waktu itu Nabi Allah Sulaiman tahu, Balqis akan datang untuk melihat kerajaan Nabi Allah Sulaiman. Waktu itu Nabi Allah Sulaiman memanggil para pembesarnya, menanyakan, "Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis itu kepadaKu, sebelum mereka datang ke tempat ini?" Jin Ifrit menjawab, "Aku sanggup membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu." Sementara itu jawab pula seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai kitab Taurat dan Zabur, dia mengatakan, "Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkedip. Belum lagi Nabi Allah Sulaiman sempat menjawab perkataan orang itu, singgahsana itu sudah terhampar di hadapannya. Begitu besar kekuatan yang dikuasai oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dan begitu besar kurnia Allah kepadanya, tetapi dengan semua keadaan itu dia tidak berasa bangga malah dia berkata seperti yang terdapat di dalam surah an-Nahl ayat 40 yang bermaksud: "Ini (semua adalah) termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya." Justeru itu, kita selaku seorang muslim, jadikan semua itu sebagai teladan kemudian jadikan diri seorang yang sabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan, jangan berputus asa di waktu susah dan jangan lupa diri dikala senang dan berkuasa.

Khatib/Imam: Ustaz Kamaruddin b. Zakaria Tarikh: 17 September 1999 M/ 7 Jamadil Akhir 1420 H

baik lah ya ukht naz...

lps ni sy akan letak memo dilarang ponteng kelas kat meja pesatuan....

hari ni sy masuk kelas... kuar seawal kul 7.30 pg n balik kolej kediaman selewat 9.30 mlm.... perggghh lbh dr 12 jam sy kat kampus arini...

semoga sy lebih besemangat tuk ke kuliah, insya Allah....

k la
nak tdo
sok nak g kuliah awal hehe.....;p

Selasa, 14 Julai 2009

tak leh nak ubah dah


dah tabiat suka ponteng kelas

walopon aku semngat nak masuk kelas

kuar awal tungu bus

tp akhirnya kecundang jua d tngah jalan


bapak setan mane ntah yg bejaya memesongkan langkah aku dr melangkah masuk kuliah petang td...


dah separuh pejalanan dah... bleh plak aku p tdoq kat bilik pesatuan... zalim2...


ya Allah selamatkan lah hamba mu ini...

Isnin, 13 Julai 2009

sem 7 dah....

hehe.. de kelas jap lg..
mcm malas je nak masuk kelas

tp memandangkan dah sem last
aku teruskan gak niat tuk ponteng heheheh.....

tak la
aku dah insaf
dah bnyak kali ponteng kuliah sem2 lepas
sem ni kuliah pon 2 hari je seminggu
kalo ponteng sehari maknanya sehari je la semingu aku masuk kuliah...;p ish2... dasat2...

k chow
nak siap g kelas....