Jumaat, 17 Oktober 2008

sedang mencuba.................

salam
mlm ni aku diminta untuk mencuba dua pekara

perkara yg pertama
aku diminta untuk kurangkan ketawa
aku diminta rendahkan volume kolo ketawa.............;p

perkara yang kedua
aku diminta untuk tidak mudah sensitive
dan menerima pandangan org lain terhadap diriku....

kedua2 menda ni
adalah permintaan 2 org yg jujur meminta aku untuk mencuba
dan aku akan mencuba
walopon aku tahu
agak sukar untuk aku mengubah kedua2nya
tiada alasan yg mereka berikan kpada ku untuk aku mencuba kedua2nya
dan pada pikiran aku ini mungkin sebagai satu cara untuk membuatkan aku
lebih baik dari sebelumnya

namun...

aku masih suka dengan cara aku yg “lama”
cara yang menampakkan aku tidak perlu begitu sempurna
kerana tiada manusia yang sempurna sejak diadakannya
kerana jika sedikit aku kelihatan lebih sempurna dari sebelumnya
boleh membuatkan aku berada dalam dilema
kerna aku perlu menghadapi mereka yang bertopengkan manusia
yang sentiasa ingin aku berada di takok yang lama
bukan membantu aku seperti mereka berdua
yang jujur ingin melihat aku mencuba sedaya upaya
menjadikan aku sebagai org yang lebih bercita2

namun mereka yg bertopengkan manusia juga manusia biasa
tidak lari dari melakukan silap dan dosa
dan aku terimanya dengan seadanya
agar kita sama2 tahu bahawa kita perlu bersama
untuk melalui hidup yang penuh pancaroba

kini aku sedang mencuba
mencuba untuk merealisasikan impian mereka berdua
dan mungkin ramai lagi manusia diluar sana
walopon aku perlu untuk menghadapi situasi dilema yg sama
iaitu manusia yg betopengkan manusia
aku akan juga mencuba untuk menerima keadaan ini seadanya
kerana aku juga manusia biasa
yg jauh dari sifat mulia dan sempurna tetapi ingin mencuba.........................