Ahad, 4 Disember 2011

azizan saari, 2011

betul ke malam gelap, habis kalau gelap mengapa insan masih berkeliaran, betul ke siang cerah, habis mengapa ada insan masih meraba-raba, termanggu-manggu mencari arah, sesungguhnya dalam diri kita ada siang dan malam, jadilah diri kita insan yang mampu melihat dalam kegelapan, yang jelas penglihatan ketika berada dalam terang... - azizan saari, 2011

Khamis, 1 Disember 2011

sometime

kdg2 dlm hidup ini ia tak sepeti apa yg kita harapkan... ia datang kemudian ia pergi jauh meninggalkan.. dalam waktu itu sedarlah bahawa setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...
smile & salam...: )

Rabu, 23 November 2011

22 november

‎22 hb 11... genap setahun.. ulang tahun pertama setelah melapor diri di smk padang terap... sungguh cepat masa berlalu... rasa seperti bru semalam... dalam tempoh ini..
banyak yg dipelajari.. banyak yg diperolehi.. dan semuanya sangat beerti pada diri ini...; ) terima kasih pada yg menyokong, memahami dan memberi...; )

Khamis, 29 September 2011

jawap2

tanya sama pokok apa sebab goyang??

terbang burung terbang, patah sayap diduga...

seandainya rebah kau masih ada...~~_

Rabu, 21 September 2011

baru ku sedar....

baru ku sedar...
sibuk dan asyiknya aku dngan kerja dan kehidupan lain
sehinggakan tiada lg masa untuk aku menukilkan sesuatu di dinding ini...

namun…
sedang aku dlm sedar ini...
tiada pula apa sesuatu pun untuk dinukilkan...

sedar dan tidak diri aku...
ia seperti tidak membawa sesuatu erti pun di kala ini...

malah ia seakan tiada lagi..
dan pasti ada tiada lagi…~~_

semoga tuhan merahmati diri ini...
dan setiap mereka yg memahami...

salam mujahadah...
do love all of u...; )


20 September 2011 6.25 ptg

Isnin, 1 Ogos 2011

1 ramadhan 1432H

selamat berpuasa..

sungguh masa mencemburui
ia datang dan pergi berlalu..

semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna..
ameenn..

Ahad, 1 Mei 2011

rindu syahdu angin malam kampus UPSI...~~_

teringat lak kenangan waktu2 cam ni kalo kat U dulu2--- aku biasanya masih jalan2 kat dlm kawasan kampus.. sorang2.. pastu nyanyi2 pastu pak gad mai la intebiu.. apalagi "sila nek kenderaan keselamatan, kami akan antar awak ke kolej kediaman" hahahaha... tektik nak balik kolej kalo telepas bas hahahaha.... tp kadang2 aku memang tak mo balik kolej pon.. bila dah terserempak pok gad tepaksa la balik huhu.. tp kalo pak gad malas-- "awas kawasan ni keras, dah ramai org kena.." then pergi berlalu tinggai aku sorang2.. siot tol pak gad.. walau ape pon belaku aku rindu saat2 itu.. tak dpt nk dipadam dr benak pikiran ini... rindu syahdu angin malam kampus UPSI...~~_



teringat lg... slalu kalo waktu2 cam ni kat kolej kediaman aku kuar g mamak sorang2.. belakon dengan jayanya depan pak gad.. ckp nak kuar g beli sahur atau pon ckp lapaq sangat ade gastrik.. n pak gad slalu lpaskan aku keluar siap kirim teh tarik lg... rindu syahdu angin malam kolej KHAR... rindu syahdu angin malam kampus UPSI...~~_

Sabtu, 30 April 2011

heh...

new ambition

my ambition
it's my right..
up to me
y u cre!!!

Jumaat, 1 April 2011

aku dah tak seperti dulu...

aku dah tak mcm sebelum ini...
there is no more new entry
tak de masa.. sibuk
bila da masa.. tak de tenet plak..

pilih utk diam...

Jumaat, 25 Februari 2011

ya..

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
...Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah… biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti KASIH DAN CINTA. …

Sabtu, 29 Januari 2011

aku disini...

disini aku
dan terus aku disini
aku disini
dan disini terus aku

sampai bila
sampai bila

akan ku disini..