Thursday, September 22, 2016

lama dh tak post entry...

huhu.. dah behabuk besawang blog ni.. lama sngat tak post entry.. last post entry belum ada anak.. la anak pon dah 2 tahun setengah dah.. dah nak dpt adik dah anak pon.. insya Allah ujung taun ni.. rehat yang lama bnyak benda yang nak dikongsi.. nanti2 lah hehe..

Saturday, December 7, 2013

bab 15 : travelog ceq

14 november 2013, khamis yang pantas berlalu.. Hari terakhir persekolahan.. Banyak urusan yang perlu diselesaikan.. Entahlah.. Kalau boleh mahu saja diri ini melupakan apa yang berlaku sepanjang tahun ini.. Namun apakan daya.. Lupakan satu perkara - dua, tiga, empat perkara lain pula yang datang menerjah kotak pikiran ini.. Semuanya yang datang memerlukan fokus dan kekuatan pertimbangan diri dalam menilai setiap kenangan, peristiwa malah apa saja perkara yang berlaku sepanjang tahun ini, dan kalau boleh lagi, mahu saja aku kembali ke peristiwa sebelum peristiwa, sebelum peristiwa-peristiwa tersebut.. Namun kesekian kalinya, apakan daya semua itu bukan tempat yang boleh ditujui.. Ia hanyalah tempoh masa sesebuah peristiwa.. Bagaimana tempoh masa yang berlalu dapat aku tujui sedangkan semua pun tahu masa yang berlalu terus berlalu. Nahh.. Apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan ini.. Banyak?? Sangat banyak.. Banyaknya sehingga satu pun masih belum mampu ditintakan di muka surat ini.. Bingkas aku bangun menuju ke pejabat- punch card terus pulang ke rumah meninggalkan kerja-kerja bertangguh.. Bunyi nada dering telefon bimbit menyedarkan aku dari lamunan pada petang itu. "waa beznye org tu dh cuti huhuk.." antara SMS yang dihantar isteri tersayang... Di asrama tinggal aku dan pelajar-pelajar tingkatan lima yang sedang dalam minggu-minggu peperiksaan SPM, pelajar-pelajar lain dari tingkatan 1 hingga 4 telah pulang ke kampung masing-masing, yang masih ada pun beberapa orang lagi pelajar tingkatan 1 dan 4 yang waris mereka belum sampai untuk menjemput mereka pulang. Entah mengapa di saat-saat seperti ini perasaan mula tak menentu.. Rasa rindu, sedih, sepi sendirian datang menyapa diri.. Tiba-tiba rindukan arwah ayah yang baru genap dua bulan pergi dijemput Ilahi rasa rindu membawa ke malam.. Sebelah malamnya selesai sahaja menunaikan solat maghrib aku bacakan Surah Yassin pahalanya dihadiahkan kepada kedua-dua arwah orang tuaku.. Hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai anak.. Malam terus berlalu, komputer riba di atas meja aku hidupkan, kemudian mainkan lagu nyanyian Maher Zain-So Soon… "I see you in my dream when I wake up you are gone.." Tersalah memilih lagu pada malam itu membuatkan malam yang berlalu bertemankan air mata kerinduan.. " so soonnnn….. I'll try to take it all even though it's so hard." 2.02 minit pagi.. Masih belum mampu melelapkan mata.. dah jumaat.. cuti sekolah bermula.. Baru aku teringat, pagi nanti kelas tambahan 2 Naim seperti dijanjikan memerlukan penggunaan bahan dan alatan yang aku tinggalkan di bilik guru. Bagaimana agaknya kelas tersebut jika semua bahan dan alatan lukisan teknik aku tinggalkan bertangguh di dalam bilik guru petang tadi.. Biasanya semua bahan dan alatan-alatan tersebut tersedia di bengkel KHB.. Dek kerana sibuk dengan kelas-kelas berkaitan, semua bahan tersebut aku tinggalkan di dalam bilik guru.. Malam itu juga aku bersama beberapa orang pelajar asrama ke sekolah mencuba nasib memasuki bilik guru untuk mendapatkan bahan-bahan dan juga alatan yang akan digunakan esok pagi.. Bunyi macam menceroboh je, tapi sebenarnya tidak.. Kunci bilik peperiksaan di tangan aku, dari situ akses ke bilik guru bukanlah satu masalah. Lagipun aku sudah biasa bermalam-malaman di kawasan sekolah dek kerana menyiapkan kerja-kerja berkaitan di bilik unit penilaian dan peperiksaan sekolah. Kadang-kadang bersendirian tanpa berteman.. Cuma malam itu aku minta diteman beberapa orang pelajar sambil membantu memindahkan alatan-alatan yang diperlukan.. Jam ditangan menunjukkan 2.50 minit pagi. Mata masih belum mahu dilelapkan.. Apa yang harus aku lakukan sekarang berhenti menintakan helaian ini dan cuba untuk tidur dengan harapan I can see you in my dream… - antara bait lirik lagu So Soon nyanyian Maher Zain. Pagi jumaat tanpa kabus tidak seperti hari sebelumnya. Kelas pagi itu belangsung dengan baik. Kelihatan 3 orang pelajar lelaki sahaja yang hadir - Sufi, Hakim dan Akmal Harmi, baki enam lagi pelajar lelaki dilaporkan oleh rakan mereka yang hadir sebagai sengaja ponteng kelas. Pelajar perempuan pula 2 orang sahaja tidak hadir bersebab-menyertai kem silat-dimaafkan kedua-dua pelajar ini.. "Shafiq malas cikgu, saya nampak dia dengan sepupu dia naik moto time saya mai sekolah tadi, pi ronda mana entah." antara aduan pelajar yang hadir kepada aku. "baiklah kalau itu yang depa mahukan dalam hidup ini.." bentak hatiku. Tiada paksaan dalam Islam.. Maka tiada jugalah paksaan dalam pengajaran dan pembelajaran aku pagi ini.. Siapa yang hadir siapkan tugasan dapatlah mereka keputusan yang lebih baik. Dua jam kemudian, "ok, siapa yang dah siap boleh balik, jangan lupa ya Ahad ni pukul 10.30 pagi kelas di bengkel elektronik. Tolong bagi tau kawan-kawan yang tidak hadir hari ini sama ya. Yang belum siapkan lukisan hamparan jejari jangan balik lagi" pintaku. "Baik cikgu" serentak pelajar perempuan menjawab sambil mengemas barang untuk pulang. Ternyata pelajar perempuan lebih fokus menyiapkan tugasan. Pelajar lelaki masih terkial-kial dengan alatan lukisan yang digunakan pada hari itu.Seusai kelas semua pelajar pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga aku, pulang ke rumah bersiap untuk ke masjid. Pulang dari masjid petang itu mahu saja aku lena puas-puas dek kerana tidak cukup tidur malam tadi. Tok tok tok.. Tiba-tiba kedengaran pintu rumahku diketuk.. "cikgu.. cikgu.." diikuti suara remaja lelaki memanggilku. "Pelajar tingkatan lima barangkali, Adeii.." Rungut hati kecilku. Baru sahaja aku merebahkan badan di atas tilam empuk di ruang tamu rumah.. Biasalah petang-petang jumaat seperti ini kalau dapat tidur memang satu nikmat bagi warden asrama seperti aku.. Bingkas aku bangun untuk membuka pintu, seperti dijangka.. Khairudin dan azhar dua org pelajar yang sentiasa "memahami" keadaan cikgu Azwan-warden mereka. "ya, ada apa din?" soalku. "petang ni cikgu free tak?? Cikgu banyak kerja tak?" soalan pula yang dibalas Din. Dalam hati aku "kalau ikutkan kerja sampai bila pun tak sikit-sikit.. Sentiasa banyak". Awat?? Soalku kembali pada mereka bedua. "petang ni jom kita pi tengok orang terjun payung nak tak?" jawab din dan azhar serentak.. "awat?? Kalau pi tengok orang terjun payung tu boleh bagi A kah untuk paper minggu depan?" Geram betul aku dengan kerenah yang tak sepatutnya ni. "alaa cikgu, nak release tension, best woo tengok askar-askar tu terjun. Sampuk azhar lagi. "Ahh sudah.. Sudah.. Pi study " aku cuba mematikan permintaan mereka berdua. "ok cikgu. Kalau cikgu nak pi petang ni jangan lupa ajak saya tau." balas Azhar sambil berlalu pergi meninggalkan aku. Ermm, Terasa lega!! Aku kembali merebahkan diri di atas tilam empuk di bawah kipas siling ruang tamu rumah. Terus pejamkan mata sambil memeluk bantal, Hanya beberapa minit………...

Tuesday, May 21, 2013

aiii dah lama tak masuk blog.. dah lama tak post entry kt blog nih.. more than setaun kot asenya.. tp tak pa la.. this time ada plak peluang nk aku nukilkan dlm blog nih.. setaun belalu tahun yg sngat hectic for me.. no time to bersosial on air or in real life hahaha.. tp semua tu ada sebab yang tersendiri.. hikmahnya tak dijangka2 tak terbayang.. unexpected thing as a new teacher of course as a goment officer hahahaha... let it.. dont want to tell to the world.. saja nk wat sume tertanya2 hahahah... k bye...muaahhh...;p

Thursday, December 27, 2012

lalalala...

blogspot ni nyusahkan laa.. dah lama tak leh masuk.. tak de la entri sepanjang ketidak bolehmasukkan itu hehehe.. tp mlm ni tiba2 bleh plak.. hehe.. dah bleh msuk idea plak tak masuk lam pala hotak ni hehe... selamat malam je la ye..

Tuesday, March 20, 2012

20 mac 2012 06.20 pm

arini dengan segala kuasa bulan aku menengking seorg....... senier.. kerana keceluparan mulutnya yg busuk tu mencari salah org yg tak penah wujud pon.... silap sendiri ckp org plak... huhh.. dah lama sabaq ni...

jgn sangka tangan yg menggoncang pen tak dak dakwat ni tak mampu menggoncang denia..





jgn sangka tangan yg menggoncang pen tak dak dakwat ni tak mampu menggoncang denia.- a. alwi, 2012

Monday, March 5, 2012

di satu mlm... di bilik guru.. dah nak balik nih...

ini bukan lah segalanya... dan akan berakhir kelak.. pasti!! dan kau akan menyedarinya... lebih pasti!!

sungguh cpt masa belalu...~~_ selamat beristirehat di malam hari.. setelah bertungkus lumus sepanjang hari...

Tuesday, January 31, 2012

meeting unit ko k la plak...

sok da meeting di smk sungai layaq.. kat espi nu... meeting pegawai teknikal unit kokurikulum peringkat negeri kedah.. sekaligus dilantik menjadi pegawai teknikal tuk semua program-program dibawah unit ko peringkat negeri kedah utk tahun 2012 dan 2013... hahaha.. terbaek lah...